INFAQ TELAGA WUDUK MAAHAD TAHFIZ FASA 2

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
26 Oct, 2022
INFAQ TELAGA WUDUK MAAHAD TAHFIZ FASA 2
100.15%
RM4,006
/RM4,000
194
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Tempat wuduk hancur dan rosak teruk kerana banjir besar. Tahfiz di Maahad Al Insyirah ini belum memiliki akses kepada air bersih. Alirkan pahala tak henti dengan berkongsi bina telaga maahad pelajar.
Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga selalu dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah kempen perolehan tempat wuduk Maahad Al Insyirah telah mengumpul sebanyak RM2,435. Terima kasih kami ucap...
Tempat wuduk hancur dan rosak teruk kerana banjir besar. Tahfiz di Maahad Al Insyirah ini belum memiliki akses kepada air bersih. Alirkan pahala tak henti dengan berkongsi bina telaga maahad pelajar.


Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga selalu dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah kempen perolehan tempat wuduk Maahad Al Insyirah telah mengumpul sebanyak RM2,435. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan dan puan yang telah menyisihkan rezeki untuk menyediakan akses air bersih kepada pelajar tahfiz. Maahad Al Insyirah merupakan antara maahad yang dilanda banjir dan tertimbus lumpur. Banjir kilat yang deras merosakkan bangunan dan meletuskan tempat berwuduk. Kini tiada lagi tempat bersuci bagi mereka.



Tuan/Puan yang baik hati sekalian, kami ingin menjemput untuk sama-sama membina telaga wuduk untuk pelajar tahfiz. Kami masih memperlukan dana sebesar RM4,000 untuk membiayai 1 kawasan wuduk. InshaAllah sumbangan anda amat berharga untuk mewujudkan sumber air bersih iaitu pembinaan telaga air dan tempat wuduk serta tandas adik beradik tahfiz maahad ini.




Daripada Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya; "Bagaimana jika ia tidak mempunyai apa-apa? ' Baginda bersabda: "Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.'  Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? Baginda bersabda: "Hendaklah dia menolong orang yang kesusahan atau sangat memerlukan bantuan.' 


Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ' Baginda bersabda: "Suruhlah orang melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf"'. Mereka bertanya lagi; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Baginda bersabda: "Tahanlah dirimu diri dari kejahatan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.' 

(HR Bukhari No: 5563)


Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Al Insyirah telah dibiayai oleh pihak lain. Maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk maahad miskin yang lain.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

15 Jun 2024


Menambah pahala fadhilat bulan Zulhijjah dari amalan infaq dan sedekah melalui Asar Humanity:

https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity

24 May 2024

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.

Pasukan Asar Humanity berkesempatan bertemu dengan tokoh agama di Desa Dasan Gunung, melawat Musala Al Hijrah yang sehingga kini masih berikhtiar membina telaga wuduk untuk jemaah Musala dan anak-anak mengaji al-Quran.


Akibat anomali cuaca, kolam air yang sebelum ini digunakan untuk ambil air wuduk setakat ini kering dan tidak mengeluarkan air. Malah ia hanya menjadi lopak air yang menjadi sarang nyamuk sehingga penduduk menutup kolam itu dengan tanah. Ini menyebabkan bak takungan yang sebelum ini digunakan untuk menampung air dari kolam, tidak lagi berfungsi.


Ini menyebabkan jemaah dan kanak-kanak terpaksa pergi ke sungai yang terletak lebih jauh dari kolam. Sudah tentu ini sangat berbahaya. Bertitik tolak daripada maklumat ini, kami berusaha dan mengajak Tuan dan Puan untuk membantu mewujudkan pembinaan sumber air bersih dan juga kemudahan wuduk untuk jemaah dan anak-anak mengaji al-Quran.


Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah 9:18)


Bantu wujudkan sumber air bersih dan telaga wuduk Musala Al Hijrah

https://sumbangan.com/infaqzulkaedahtelagaalhijrah 




11 Mar 2024


31 Dec 2023



09 Jun 2023

Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,

Alhamdulillah Allah SWT masih pertemukan kita dengan Jumaat pernuh barokah. Kurang dari 10 hari bulan Zulkaedah akan berakhir. Semoga Allah SWT selalu menjaga kita jauh dari maksiat dan mendekat diri kepadaNya dengan amalan shalih.



Tak lupa terus kami ingatkan bulan Zulkaedah ini ialah bulan yang termasuk dalam bulan haram di mana Allah SWT perintahkan langsung dalam Al Quran untuk menghormatinya. Setiap amalan kebaikan yang kita lakukan di bulan ini akan Allah lipat gandakan pahalanya, sementara itu jika ada orang berlaku maksiat, Allah juga akan melipatgandakan dosa. Naudzubillah.


Ayuh, jangan sampai terlepas dari keberkahan hari Jumat di bulan Zulkaedah. Lakukan amalan shalih melalui infaq dan sedekah di bulan Zulkaedah.


Anda dapat menyokong program Asar Humanity melalui tautan di bawah ini. Jazakumullah khairan.

https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity

18 Jan 2023

Alhamdulillah, kabar gembira datang dari Maahad Al Insyirah.

Sedekah dari Tuan dan Puan sudah digunakan untuk membina bak penampuangan air, dan area wudhu. InshaAllah pahala jariyah akan terus mengalir kepada Tuan dan Puan yang sudah berderma mewujudkan area wudhu di maahad ini.

Cerita dari pengasas Maahad, tanah di area maahad yang terjejas banjir ini berbatu cadas besar sehingga tidak memungkinkan untuk menggali sumur dalam. Sehingga pengasas Maahad memberikan saran untuk dibuatkan bak penampungan air. Berdasarkan kebutuhan asas dan tujuan untuk menyucikan diri para pelajar tahfiz, bak penampungan air dibina.


Penampungan air ini berjarak 700 meter arah ke gunung dengan debit air 1 kubik per detik, luas tempat penampungan air ini dengan panjang 2 meter, lebar 1 meter kedalaman 2 meter mampu menampung air sebanyak 2500 liter. Kemudian aiir dialirkan ke maahad dengan paip yang diikat dengan pohon yang berimpitan dengan sungai.


Penampungan ini sepenuhnya digunakan untuk maahad Al Insyirah. Ada 48 pelajar tahfiz terdiri dari 28 ikhwan dan 20 pelajar akhwat. Alhamdulillah tidak hanya untuk pelajar maahad, ada 1 paip yang disediakan untuk kebutuhan warga sekitaran maahad. Terdapat 23 keluarga yang tinggal dan menetap di desa Purasari bersebelahan dengan maahad.

Sementara tempat wudhu ini dibangun khusus di lokasi pelajar tahfiz akhwat, karena selama ini pelajar tahfiz akhwat wudhu di dalam kamar mandi, tidak ada tempat wudhu khusus yang tersedia pasca bencana banjir bandang pada Mei 2022 lalu


Terima kasih Tuan dan Puan. Jazakumullah khairan.

Semoga Allah SWT luaskan berkah dan lipatgandakan ganjaran pahala kepada anda dan keluarga. Aamiin





Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022
KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022
KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 21, 2022
KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SOKONG PUSAT BELAJAR AL QURAN DI LOMBOK BARAT DAN DESA LAINNYA
PEMBELIAN KITAB DAN BUKU PENGAJIAN ANAK ANAK MADRASAH
INFAQ PERBELANJAAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAHABAT QURAN TERUS BEROPERASI
RAIH PAHALA DENGAN BANTU UTILITI BIL AIR MAAHAD TAHFIZ 2026
INFAQ PEMBINAAN SURAU PONDOK WARGA EMAS TARBIAH AL UMMAH
Kempen Sumbangan Tamat