Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Aku sedekah kerana Allah taala dan mengikut sunnah nabi. Sekiranya ada pahala dlm sedekah ku ini.. Aku sedekahkan kepada kami semua umat nabi muhammad s.a.w. Yang masih hidup atau pun yg telah meninggal dunia.... Semoga kita semua mendapat syafaat allah dan syafaat nabi muhammad s.a.w di akhirat kelak dan masuk dlm syurga firdaus tanpa hisab dan azab.... Aminn...
0 orang mengaminkan doa ini