Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Allah yang maha besar... ampukanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, berikanlah aku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas seluas lautan dan penawar segala penyakit, matikanku dalam iman, matikanku pada hari jumaat, jemputlah aku sekali lagi menjadi tetamu dalam masa terdekat ini, aamiin....
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga dapat membeli rumah perlindungan in. Doakan sy dapat bersatu semula dgn suami sy. Ya Allah, kau lembutkanlah hati suamiku. Ya Allah Yang Maha membolak balikkan hati manusia, kau bukalah hati suamiku, kau ubahlah keputusannya Ya Allah. Aamiin
2 orang mengaminkan doa ini