MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 15, 2025

SUBURKAN HARAPAN MEREKA DENGAN INFAQ ANAK TAHFIZ SABAH

RM50 / 1.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

1 Penyumbang

33 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama ringankan perjalanan mereka. Kita suburkan harapan mereka dengan infaq yang ikhlas buat kemudahan pendidikan anak Sabah. Jom bantu!


Di pedalaman Sabah yang jauh dari kemudahan bandar, terdapat anak-anak yang memilih jalan mulia dengan menghafal Al-Quran. Mereka menempuh perjalanan sukar dan hidup dalam serba kekurangan demi menjadi hafiz Al-Quran. Kempen ini diwujudkan untuk memastikan perjuangan anak tahfiz daripada Tawau, Sabah ini tidak terhenti kerana kekangan kewangan.



Anak ini datang dari keluarga berpendapatan rendah dan asnaf. Demi menuntut ilmu Al-Quran, mereka meninggalkan kampung halaman dan menetap di maahad tahfiz yang serba sederhana. Kos pengurusan yang tinggi menyukarkan pihak tahfiz untuk menyediakan keperluan asas secara berterusan.



Justeru itu, kempen sumbangan infaq ini bertujuan bagi membantu menampung kos harian anak tahfiz pedalaman Sabah, menyediakan keperluan asas pembelajaran dan penginapan yang secara tidak langsung dapat menjamin kelangsungan operasi maahad ini dan melahirkan generasi penghafal Al-Quran dari pedalaman Sabah ini.



Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membiayai yuran bulanan, penyediakan Al-Quran, kitab dan bahan pembelajaran, makan dan minum, penginapan asrama serta membiayai kos penerbangan pergi dan balik ke Tawau, Sabah.



Setiap ringgit yang diinfakkan adalah jambatan kasih antara kita dan mereka. Saat mereka mengulang hafazan, mendoakan ibubapa dan para penyumbang, pahala terus mengalir tanpa terputus, insya-Allah. Jauh perjalanan mereka, besar harapan yang dipikul.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KAMAROZAMAN OTHMAN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 16, 2025